Popular Posts

Wednesday, March 16, 2011

Sentuhan KASIH

shaloom...(^_^)

hari ini sy belajar mengenai suatu yang selama ini tidak pernah sy fikirkn..dan d blog ini sy ingin berkongsi kepada anda semua.

markus1:41 "maka tergeraklah hati-Nya oleh belas kasihan, lalu Ia mengulurkan tangan-Nya, menjamah orang itu dan berkata kepadanya: "Aku mau, jadilah engkau tahir." -lAI

dalam ayat di atas mengatakan "maka tergeraklah hati-Nya oleh belas kasihan" Tuhan Yesus ialah seorang yang berbelas kasihan. Jika kita ingin menjadi seperti Yesus kita perlu hati yang mempunyai perasaan belas kasihan.soalannya berbelas kasihan kepada siapa?

jawapannya ialah...berbelas kasihan kepada sesama kita (keluarga,sahabat,orang yang tidak dikenali,dll), kepada binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan ciptaan Tuhan. sememangnya sukar untuk berbelas kasihan pada binatang yang kita tidak suka seperti cacing/nyamuk..atau tumbuhan seperti duri/lalang...tetapi lebih sukar untuk berbelas kasihan kepada orang yang kita benci..Namun, Firman Tuhan mengatakan "kasihilah sesamamu seperti dirimu sendiri"..maka tidak kira siapa orang itu kita perlu mengasihinya dimana untuk mengasihi seseorang kita perlu memiliki hati yang berbelas kasihan.

kita sememangnya cenderung untuk berbuat baik kepada keluarga,sahabat,saudara dan sesiapa sahaja yang rapat dengan kita. tetapi bagaimana dengan mereka yang kurang upaya? apakah kita tidak membantu mereka kerana mereka tidak mampu membalas jasa kita? mari selidiki hatimu..pernahkah kita berbelas kasihan kepada mereka..saya percaya kita kadang-kadang lupa kepada golongan ini.,Yesus...Dia mempunyai belas kasihan yang sangat besar.Dia menyembuhkan pesakit kusta dengan sentuhan kasih-Nya...mari kita contohi Yesus dalam melayan orang yang kurang upaya ini..

"Oleh kerana mereka sering tidak dapat membalas budi, kita mempunyai peluang untuk benar-benar bermurah hati"

Tuhan memberkati..:)

No comments:

Post a Comment